contoh soalan ujian psikometrik

Contoh Soalan Ujian Psikometrik

Anda dipanggil untuk menduduki Ujian Psikometrik? Tahniah diucapkan. Bagi calon yang dipanggil menduduki ujian psikometrik, ini bukan sekadar ujian biasa. Ia adalah tapisan awal yang penting untuk menilai kesesuaian anda dalam sektor perkhidmatan awam. Ramai calon gagal bukan kerana tidak bijak, tetapi kerana tidak memahami tujuan sebenar ujian ini.

Berikut adalah beberapa Contoh Soalan Ujian Psikometrik, Jawapan beserta Huraian. 

Contoh Soalan Ujian Psikometrik

Berikut beberapa contoh soalan ujian psikometrik:

Soalan 1:

Saya berasa kesal apabila gagal melaksanakan amanah yang diberikan.
A. Sangat Tidak Setuju
B. Tidak Setuju
C. Kurang Setuju
D. Setuju
E. Sangat Setuju

Cadangan Jawapan: E. Sangat Setuju

Huraian: Soalan ini menilai tahap kesedaran tanggungjawab dan akauntabiliti calon terhadap amanah yang diberikan. Rasa kesal apabila gagal adalah indikator bahawa seseorang itu mempunyai nilai dalaman untuk menilai kelemahan diri dan berusaha memperbaikinya.

Soalan 2:

Saya mudah berasa kecil hati apabila rakan sekerja tidak bersetuju dengan pendapat saya.
A. Sangat Tidak Setuju
B. Tidak Setuju
C. Kurang Setuju
D. Setuju
E. Sangat Setuju

Cadangan Jawapan: A. Sangat Tidak Setuju

Huraian: Soalan ini menguji kestabilan emosi dan keyakinan diri seseorang. Individu yang yakin dan tidak cepat berasa dipinggirkan lebih sesuai bekerja dalam persekitaran yang pelbagai.

Soalan 3:

Saya sentiasa berusaha untuk memberikan layanan yang adil kepada semua orang tanpa mengira latar belakang mereka.
A. Sangat Tidak Setuju
B. Tidak Setuju
C. Kurang Setuju
D. Setuju
E. Sangat Setuju

Cadangan Jawapan: E. Sangat Setuju

Huraian: Soalan ini menilai nilai kesamarataan dan etika layanan adil – prinsip penting dalam perkhidmatan awam. Calon yang menjawab “Sangat setuju” mempunyai prinsip adil dan tidak berat sebelah, menunjukkan kejujuran dan integriti dalam tugasan harian.

Soalan 4:

Saya percaya bahawa kejayaan sesuatu projek adalah hasil usaha sama, bukan semata-mata sumbangan individu.
A. Sangat Tidak Setuju
B. Tidak Setuju
C. Kurang Setuju
D. Setuju
E. Sangat Setuju

Cadangan Jawapan: D: Sangat Setuju

Huraian: Dalam sesuatu projek, kejayaan adalah milik bersama . Calon yang lebih utamakan kemajuan kumpulan lebih berpotensi memimpin dengan nilai sejagat.

Soalan 5:

Saya sering menggunakan kepercayaan agama atau spiritual sebagai sumber kekuatan dalam menghadapi cabaran.
A. Tidak Pernah
B. Jarang-jarang
C. Kadang-kadang
D. Kerap
E. Sangat Kerap

Cadangan Jawapan: F. Sangat Kerap

Huraian: Sumber kekuatan dalaman seperti doa atau kepercayaan spiritual boleh mengawal emosi negatif dalam tekanan kerja sektor awam yang tinggi.