Contoh Soalan Ujian Psikometrik SPA
Contoh Soalan Ujian Psikometrik, Seperti sedia maklum, Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik terbahagi kepada 3 bahagian iaitu:
- Seksen A – Pengetahuan Am
- Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah
- Seksyen C – Ujian Psikometeri
Seksyen C, Ujian Psikometrik mengandungi tepat 200 soalan dan perlu dijawab oleh calon dalam masa 60 minit. Soalan yang hanya mempunyai dua pilihan jawapan, “Ya” dan “Tidak” boleh memerangkap calon dalam membuat keputusan.
Contoh Soalan Ujian Psikometrik SPA
Berikut adalah antara contoh soalan yang ditanya dalam seksyen psikometik peperiksaan pegawai tadbir diplomatik , SPA.
1. Tanpa ganjaran yang lebih, tidak adil bekerja lebih masa.
A. Ya B. Tidak
2. Jika orang lain mencapai prestasi yang lebih baik, rasa cemburu tidak seharusnya ada.
A. Ya B. Tidak
3. Walaupun ada orang main taktik kotor, saya tidak mudah meradang.
A. Ya B. Tidak
4. Saya tidak mudah mengaku kalah sungguhpun kerja ada banyak cabaran.
A. Ya B. Tidak
5. Saya segan minta pertolongan walaupun saya tidak terdaya menyelesaikan masalah sendiri.
A. Ya B. Tidak
6. Saya tidak ingin menjadi pemimpin kerana ada banyak risiko.
A. Ya B. Tidak
7. Kita harus bekerjasama untuk mencapai kejayaan jika bekerja secara berkumpulan.
A. Ya B. Tidak
8. Saya hanya berucap di khalayak ramai jika diberi peluang.A. Ya B. Tidak
9. Apabila perlu membimbing orang lain menjalankan tugas saya berasa kurang senang.
A. Setuju B. Tidak setuju
10. Apabila melakukan pekerjaan berkumpulan segala tindakan perlulah mendapat persetujuan dari ketua kumpulan.
A. Setuju B. Tidak setuju
11. Apabila memuji orang bawahan, perkara tersebut bukanlah sesuatu yang memalukan.
A. Setuju B. Tidak setuju
12. Mereka yang ditimpa kemalangan membuatkan saya berasa simpati apabila mereka melakukan kutipan derma.
A. Setuju B. Tidak setuju
13. Apabila ada tugas yang perlu membimbing orang saya berharap agar saya tidak diberi tugasan tersebut.
A. Setuju B. Tidak setuju
14. Bila bersama dengan orang lain, saya tidak merasa selesa.
A. Ya B. Tidak
15. Saya sering berharap agar dapat berkhidmat dengan penuh kegembiraan setiap hari.
A. Setuju B. Tidak setuju
Jawapan yang dibold adalah jawapan sebenar. Soalan yang tiada jawapan yang salah dan betul ini adalah jaring yang mengasingkan calon-calon yang benar-benar layak.
CONTOH SOALAN UJIAN PSIKOMETRIK SPA YANG MENJERAT CALON
Soalannya mudah, hanya dua pilihan jawapan, walaubagaimanapun, memerlukan anda menjawab dengan pemikiran yang kritis dan matang. Ini adalah alat yang mengasikngkan calon yang lemah dengan calon yang terbaik bagi mengisi ruang kekosongan jawatan.
Persaingan untuk jawatan kerajaan kelihatan senang tetapi sebenarnya sangat sukar. Selepas peperiksaan akan ada PAC dan seterusnya temuduga.
Oleh hal demikian, pentingnya untuk anda lulus dalam peperiksaan online ini. Nak lagi contoh soalan ujian psikometrik