• Kumpulan: Pelaksana
  • Kem/Jab: Pelbagai Kementerian/Jabatan
  • Jadual Gaji:
GAJI MINIMUMGAJI MAKSIMUMKADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
RM1,513.00RM5,674.00RM145.00
  • Syarat Lantikan:
    • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
      • warganegara Malaysia;
      • berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
        KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED LA29
        Jurubahasa Melayu atau Jurubahasa Selain Bahasa Melayu
        • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta kepujian Bahasa Inggeris pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.
          (Gaji permulaan ialah pada Gred LA29: RM1,513.00); atau
        • Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Bahasa Inggeris pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.
          (Gaji permulaan ialah pada Gred LA29: RM1,513.00); atau
        • diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian Bahasa Inggeris pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.
          (Gaji permulaan ialah pada Gred LA29: RM1,772.65).
  • Syarat Ujian Lisan/Dialek:
    Calon bagi lantikan Jurubahasa selain Bahasa Melayu hendaklah lulus Ujian Lisan bahasa/dialek berkaitan yang dikendalikan oleh Pihak Berkuasa Melantik.
  • Syarat Kelayakan Bahasa Melayu:
    Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Deskripsi Tugas:
    Menterjemah kes-kes dalam mahkamah terbuka dan kamar hakim, mencatat/merekod prosiding atau keputusan kes-kes di dalam fail-fail yang telah dibicarakan, mengemaskinikan buku Eksibit dan Diari Mahkamah, menyediakan laporan Harian/Bulanan serta memastikan dan menyediakan fail-fail kes sebelum dihantar kepada hakim.

Sumber : Jurubahasa Gred LA29

Pin It on Pinterest