- Kumpulan:Pelaksana
- Kem/Jab:Pelbagai Kementerian/ Jabatan
- Jadual Gaji:
GAJI MINIMUM | GAJI MAKSIMUM | KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN |
RM1,493.00 | RM5,672.00 | RM145.00 |
- Syarat Lantikan:
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:- warganegara Malaysia;
- berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- Diploma dalam bidang psikologi, kaunseling, pembangunan sumber manusia atau sains kognitif yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred S29: RM1,770.95)
- Syarat Bahasa Melayu
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. - Deskripsi Tugas :
Bertanggungjawab membantu pelaksanaan program-program psikologi/kaunseling kepada klien.
Sumber : Penolong Pegawai Psikologi S29