- Kumpulan: Pelaksana
- Kem/Jab: Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan Peguam Negara
- Jadual Gaji:
GAJI MINIMUM | GAJI MAKSIMUM | KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN |
RM1,773.00 | RM5,674.00 | RM145.00 |
- Syarat Lantikan:
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:- warganegara Malaysia;
- berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred L29 : RM1,773.00); atau
- diploma undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred L29 : RM1,847.86).
- Syarat Bahasa Melayu :
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. - Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL):
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Tadbir (Undang-undang) dan Jurubahasa Gred LA19,LA22,LA26 adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Undang-undang Gred L29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan: - mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau
- lulus Peperiksaan Khas; dan
- had umur pelantikan:
- berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
- berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
- berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
- Deskripsi Tugas :
Bertanggungjawab kepada Hakim Kanan, membuat taksiran kos Mahkamah Rendah dan menyediakan kertas kerja perundingan bila diperlukan oleh Hakim serta menyelia tugas kakitangan lain di Bahagian Pendaftaran.- Senarai Tugas:
Penolong Pegawai Undang-Undang Gred L29 (Mahkamah Malaysia) :- Mengendalikan permohonan-permohonan di bawah Seksyen 117 KPJ di bawah Akta Penagih Dadah (R&P) 1983 dan di bawah Akta Orang-Orang Papa 1977
- Menerima, menyemak dan menandatangani serta merekod keputusan saman-saman trafik DBKL dan saman-saman dari pelbagai jabatan
- Mengeluarkan waran-waran menahan, waran tangkap, waran gelidah sapina, perintah mengeluarkan dari tahanan, bon jaminan dan lain-lain
- Mengendalikan penyata-penyata bulanan, suku tahunan, tahunan dan ad-hoc bersabit dengan semua Mahkamah Majistret Jenayah
- Pengawasan Pendaftaran Jenayah dan Rayuan serta penyeliaan kakitangan di bawah pengendalian
- Senarai Tugas:
Pegawai Undang-Undang Gred L29 (Jabatan Peguam Negara) :
Lain-lain tugas yang diarahkan oleh Pengarah dari semasa ke semasa
Penolong Pegawai Undang-Undang Gred L29 (Jabatan Peguam Negara) :
- Membuat semakan fail-fail bankrapsi, memastikan fail-fail perbicaraan dalam keadaan teratur serta mematuhi peruntukan undang-undang yang berkaitan sebelum menghadiri pendengaran kes di Mahkamah
- Menghadiri mahkamah pada tarikh ditetapkan dan memaklumkan mahkamah status kes sama ada dalam keadaan teratur atau pun tidak. Sekiranya tidak teratur, pegawai bertanggungjawab membantu Mahkamah dengan memaklumkan mahkamah perkara-perkara yang belum dipatuhi oleh pihak berkenaan
- Meminitkan keputusan mahkamah dan menyerahkan kembali fail-fail kepada kerani kebankrapan
- MMenandatangani surat-surat awalan yang dikeluarkan kepada bankrap kecuali surat kepada pihak Imigresen
- Menetapkan tarikh temujanji dengan bankrap untuk Soalan Awalan dan penyiasatan lanjut
- Mengendalikan Soalan Awalan terhadap bankrap bagi mendapatkan maklumat lanjut latar belakang bankrap dan keluarga; senarai tanggungan; pemiutang; maklumat harta bankrap dan pasangannya dan sebagainya. Memberikan penjelasan kepada bankrap hak-hak beliau sebagai bankrap dan permohonan-permohonan yang boleh dibuat dalam tempoh kebankrapan beliau dan menetapkan ansuran bulanan
- Mengambil tindakan lanjut daripada maklumat yang telah diperolehi dari siasatan yang dibuat dengan menghubungi pihak terlibat termasuk membuat carian di Pejabat Tanah bagi kes-kes yang melibatkan aset bankrap
- Penetapan tarikh MPP mempengerusikan Mesyuarat Pertama pemiutang sebaik sahaja Penyata Hal Ehwal difailkan oleh bankrap
- Penetapan tarikh penangguhan MPP sekiranya korum tidak mencukupi;iklan atau warta belum diterbitkan dan sebagainya yang menyebabkan MPP terpaksa ditangguhkan
- Menguruskan permohonan bankrap dan memberikan penerangan lanjut terhadap sebarang permohonan yang diajukan bankrap:
- Permohonan Sanksi di bawah PEruntukan 38(1)(a);
- Permohonan Keluar Negara di bawah Peruntukan 38(1)(c);
- Permohonan Menjawat Jawatan di bawah Peruntukan 38(1)(d);
- Permohonan Bekerja Dengan Ahli Keluarga di bawah Peruntuk 38(1)(e);
- Permohonan Keluar Masuk Gaji;dan
- Permohonan Pembatalan PP & PP di bawah Seksyen 105
- Membuat semakan bagi fail-fail lama yang layak untuk perakuan Pelepasan Ketua Pengarah Insolvensi Malaysia
Sumber : Penolong Pegawai Undang-Undang L29