PENGUMUMAN PENTING : Syarat Kelayakan ini hanya berkuatkuasa mulai 1 Julai 2016 (Pekeliling Perkhidmatan 1/2016 – Rasionalisasi Skim Perkhidmatan Bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia)
- Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
- Kem/Jab: Jabatan Perkhidmatan Awam
- Jadual Gaji:
| Gaji Minimum | Gaji Maksimum | Kadar Kenaikan Gaji Tahunan |
| RM2,422.00 | RM9,631.00 | RM225.00 |
SYARAT LANTIKAN :
| SYARAT LANTIKAN : | ||
| 1. | Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut: | |
| (a) | warganegara Malaysia; | |
| (b) | berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan | |
| (c) | ||
| (i) | ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred M41 : RM2,422.00); atau | |
| (ii) | ijazah sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji Permulaan pada Gred M41 : RM2,733.14); atau | |
| (iii) | ijazah doktor falsafah (PhD) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji Permulaan pada Gred M41 : RM3,044.48);
dan |
|
| (d) | lulus peperiksaan memasuki perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik yang ditetapkan; dan | |
| (e) | hadir dan lulus dengan jayanya Diploma Pasca Siswazah Pengurusan Awam anjuran Institut tadbiran Awam Negara. | |
| SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU | ||
| 2. | Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. | |
| DESKRIPSI TUGAS : | ||
| Merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah/daerah/tempatan/tanah, perancangan dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ketahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat. | ||
Sumber: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Proses Pengambilan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik
Bagi memasuki perkhidmatan PTD, seseorang calon itu perlu terlebih dahulu mendaftar dengan pihak Suruhanraya Perkhidmatan Awam sama ada melalui Borang SPA 8 ataupun secara online di lamanhttp://www.spa.gov.my. Secara umumnya, semua calon akan melalui tiga tapisan sebelum mereka dilantik sebagai pegawai PTD.
Baca selanjutnya disini: Proses pengambilan Pegawai Tadbir Diplomatik
Trackbacks/Pingbacks