• Gred: B19, B21, B25, B29/B30, B31, B37, B39, B41, B51, B53
  • Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
  • Jadual Gaji:
GREDGAJI MINIMUMGAJI MAKSIMUMKADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
B19RM1,360.00RM4,032.00RM100.00
B21RM2,047.00RM4,747.00RM115.00
B25RM2,597.00RM5,289.00RM125.00
B27RM2,726.00RM5,564.00RM130.00
B29/B30RM1,499.00RM5,679.00RM145.00
B31RM2,851.00RM6,263.00RM155.00
B37RM3,565.00RM7,588.00RM180.00
B39RM4,993.00RM8,979.00RM225.00

 SYARAT LANTIKAN :

1. Calon bagi lantikan hendaklah mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti serta memiliki kelayakan seperti berikut:  

(a) warganegara Malaysia;  

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan  

KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED B19   

(c)    

(i) mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti serta berkebolehan memainkan satu dan/atau lebih alat muzik moden atau tradisional serta berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan.

(Gaji permulaan ialah pada Gred B19: RM1,360.00); atau  

(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

(Gaji permulaan ialah pada Gred B19: RM1,360.00); atau  

(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred B19: RM1,418.12); atau  

(iv) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred B19: RM1,476.24).  

KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED B29

(d)    

(i) mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti serta berkebolehan memainkan satu dan/atau lebih alat muzik moden atau tradisional serta berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan.

(Gaji permulaan ialah pada Gred B29: RM1,499.00); atau  

(ii) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

(Gaji permulaan ialah pada Gred B29: RM1,499.00); atau  

(iii) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

(Gaji permulaan ialah pada Gred B29: RM1,499.00); atau  

(iv) diploma dalam bidang seni lakon, seni persembahan, seni tari, seni kreatif, seni drama atau seni teater yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred B29: RM1,777.78).  

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

2. Calon yang memiliki kelayakan di perenggan 1(c)(ii),1(c)(iii), 1(c)(iv) atau 1(d)(ii),1(d)(iii),1(d)(iv) hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.  

SYARAT LANTIKAN TERUS KE JAWATAN ARTIS BUDAYA GRED B21 ATAU B25

3. Calon adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik yang berkenaan bagi lantikan terus ke jawatan Artis Budaya Gred B21 atau B25 yang kosong jika memenuhi syarat-syarat seperti berikut:  

(a) memenuhi syarat lantikan seperti di perenggan 1(a),1(b),1(c) dan 2; dan  

(b)    

(i) memiliki tempoh pengalaman bekerja yang bersesuaian dalam bidang berkaitan; dan/atau  

(ii) memenuhi tahap kriteria kecemerlangan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.

(Gaji permulaan lantikan pada Gred B21: RM2,047.00 /

Gaji permulaan lantikan pada Gred B25: RM2,597.00).  

SYARAT LANTIKAN TERUS KE JAWATAN ARTIS BUDAYA GRED B31, B37 ATAU B39

4. Calon adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik yang berkenaan bagi lantikan terus ke jawatan Artis Budaya Gred B31, B37 atau B39 yang kosong jika memenuhi syarat-syarat seperti berikut:  

(a) memenuhi syarat lantikan seperti di perenggan 1(a),1(b),1(d) dan 2; dan  

(b)    

(i) memiliki tempoh pengalaman bekerja yang bersesuaian dalam bidang berkaitan; dan/atau  

(ii) memenuhi tahap kriteria kecemerlangan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.

(Gaji permulaan lantikan pada Gred B31: RM2,851.00/

Gaji permulaan lantikan pada Gred B37: RM3,565.00/

Gaji permulaan lantikan pada Gred B39: RM4,993.00).  

SYARAT UJIAN KHAS

Calon lantikan adalah dikehendaki lulus Ujian Khas bagi menentukan kesesuaian mutu dan tahap bakat, kebolehan dan daya kreativiti dalam bidang kebudayaan sebelum lantikan seperti yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan.

DESKRIPSI TUGAS :

Bertanggungjawab menjalani latihan dan membuat persembahan-persembahan kesenian (tarian dan lakonan) di dalam dan di luar negeri.

Sumber : Artis Budaya

Pin It on Pinterest