• Kumpulan:Pelaksana
  • Kem/Jab:Jabatan Perangkaan Malaysia
  • Jadual Gaji:
GAJI MINIMUMGAJI MAKSIMUMKADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
RM1,493.00RM5,672.00RM145.00
  • Syarat Lantikan:
    Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
    • warganegara Malaysia;
    • berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
      • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta lulus principal subjek Ekonomi atau Matematik.
        (Gaji Permulaan pada Gred E29 : RM1,493.00); atau
      • Diploma dalam bidang statistik, matematik atau sains aktuari yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya..
        (Gaji Permulaan pada Gred E29 : RM1,770.95).
  • Syarat Bahasa Melayu
    Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Syarat Peningkatan Secara Lantikan
    Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Perangkaan adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Perangkaan Gred E29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
      • mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau
      • lulus Peperiksaan Khas; dan
    • had umur pelantikan:
      • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
      • berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
      • berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
  • Deskripsi Tugas :
    Bertanggungjawab memantau pelaksanaan program dan aktiviti pengumpulan, pemprosesan dan penyebaran data serta membantu penganalisisan data dalam bidang ekonomi makro, perdagangan, kependudukan, demografi, tenaga manusia dan alam sekitar untuk perancangan pembangunan dan pentadbiran negara.

Sumber : Penolong Pegawai Perangkaan E29