Separa Perubatan

[fusion_builder_container hundred_percent=”no” equal_height_columns=”no” hide_on_mobile=”small-visibility,medium-visibility,large-visibility” background_position=”center center” background_repeat=”no-repeat” fade=”no” background_parallax=”none” parallax_speed=”0.3″ video_aspect_ratio=”16:9″ video_loop=”yes” video_mute=”yes” overlay_opacity=”0.5″ border_style=”solid”][fusion_builder_row][fusion_builder_column type=”1_1″ layout=”1_1″ background_position=”left top” background_color=”” border_size=”” border_color=”” border_style=”solid” border_position=”all” spacing=”yes” background_image=”” background_repeat=”no-repeat” padding=”” margin_top=”0px” margin_bottom=”0px” class=”” id=”” animation_type=”” animation_speed=”0.3″ animation_direction=”left” hide_on_mobile=”small-visibility,medium-visibility,large-visibility” center_content=”no” last=”no” min_height=”” hover_type=”none” link=””][fusion_text]

Selamat bertemu kembali.

Saya dan Tim Infokerjaya mengucapkan Tahniah kepada anda kerana dipanggil untuk peperiksaan online Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Kami akan bantu sedaya kami untuk memastikan anda mendapat yang terbaik daripada kami.

Tetapi, kami perlukan anda mengambil inisiatif untuk bertindak, supaya anda berjaya.

Apa yang anda perlu buat sekarang?

  • TINDAKAN PERTAMA

SILA BUKA EMAIL ANDA SEKARANG. Anda akan menerima email dari rammelfirdaus@skopkerjaya.com dengan tajuk seperti dalam gambar berikut:

Buka dan kemudian tekan Butang Biru  “Confirm Subscription” seperti didalam gambar dibawah.

Jika anda tidak berbuat demikian, anda tidak akan menerima sebarang email dari saya dan juga segala nota-nota, rujukan, dan contoh-contoh soalan.

BUAT SEKARANG!

Apabila telah disahkan, 

Periksa email anda sekerap yang mungkin. Setiap beberapa jam, saya akan hantarkan beberapa siri email mengenai Peperiksaan Latihan Separa Perubatan. Pastikan anda Alert. Takut anda terlepas pandang nota-nota penting.

Anda akan menerima:

  • Format peperiksaan,
  • Nota Pantas,
  • Tips-tips,
  • Rujukan-rujukan
  • Contoh-contoh soalan 

untuk membantu anda menghadapi peperiksaan. 

Tindakan Anda, PERIKSA EMAIL, BUKA, BACA email dari saya.

  • TINDAKAN KEDUA

Baca Penerangan ringkas mengenai kerjaya Separa Perubatan,

Kami telah sediakan beberapa nota dibawah untuk segerakan pembacaan anda. 

—————————————-

Separa Perubatan merupakan bidang kerjaya yang ditawarkan menerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Ia merupakan satu kerjaya yang ditaja oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Calon yang layak akan dipanggil ke sesi peperiksaan dan temuduga menerusi surat panggilan. Selain itu, semakan di portal SPA juga boleh dilakukan untuk melihat kelayakan.

Dalam setahun, pengambilan Separa Perubatan akan diadakan sebanyak 2 kali. Setiap calon yang melepasi tapisan peperiksaan dan temuduga akan menerima elaun bulanan sebanyak RM857.57 sepanjang kursus tersebut dijalankan.

Latihan Bertaraf Diploma  

Terbahagi kepada 10 jawatan :

  • Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
  • Latihan Jurupulih Perubatan (Anggota)
  • Latihan Jurupulih Perubatan (Cara Kerja)
  • Latihan Jururawat
  • Latihan Jururawat Pergigian
  • Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan
  • Latihan Juruteknologi Pergigian
  • Latihan Juru X-Ray
  • Latihan Penolong Pegawai Farmasi
  • Latihan Penolong Pegawai Perubatan

Syarat kelayakan untuk memohon diploma Separa Perubatan :

  • Pemohon wajib memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan lulus Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) di peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Kelayakan SPM mengikut Sistem Terbuka untuk latihan ke Perkhidmatan Awam.
  • Calon-calon yang menduduki dan memiliki Sijil SPM mengikut sistem terbuka boleh dilantik ke skim-skim perkhidmatan yang mensyaratkan kelayakan demikian sebagai syarat lantikan. Untuk menentukan tahap kelulusan tersebut setaraf dengan kelulusan Sijil Penuh SPM, iaitu sijil yang dikeluarkan sebelum pelaksanaan peperiksaan mengikut sistem terbuka, syarat-syarat di bawah perlu dipenuhi.
  • Lulus 6 mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia, dengan 2 daripada mata pelajaran ialah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus dalam 1 peperiksaan; atau
  • Lulus 6 mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia, dengan 2 mata pelajaran ialah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam 2 peperiksaan dalam tempoh 3 tahun berturut-turut; dan
  • Memenuhi syarat Bahasa Malaysia, sama ada Kepujian atau Lulus dan subjek-subjek tertentu seperti yang disyaratkan dalam skim perkhidmatan.
  • Keutamaan diberikan kepada pemohon yang memiliki kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan), Sains/Sains Tulen, Bahasa Inggeris dan Matematik.

Umur calon untuk memohon Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma :

  • Calon lantikan terus berumur tidak kurang dari 17 tahun dan tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan;
  • Pegawai yang sedang berkhidmat untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) hendaklah berumur kurang dari 51 tahun pada tarikh permohonan.
  • Pegawai yang sedang berkhidmat (bukan KPSL) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan yang telah disahkan perkhidmatannya hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.

Latihan Bertaraf Sijil  

Terbahagi kepada 3 jawatan :

  • Latihan Jururawat Masyarakat
  • Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian
  • Latihan Pembantu Kesihatan Awam 

Syarat kelayakan untuk memohon sijil Separa Perubatan :

  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan memiliki Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
  • Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang memiliki kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Sains/Sains Paduan serta kepujian mata pelajaran Bahasa Inggeris dan lulus Matematik.

Umur calon untuk mengikuti Latihan Separa Perubatan bertaraf sijil:

  • Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun dan tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan;
  • Pegawai yang sedang berkhidmat untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) hendaklah kurang dari 51 tahun pada tarikh permohonan;
  • Pegawai sedang berkhidmat (bukan KPSL) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.
  • TINDAKAN KETIGA, 

Muat Turun Nota Pantas Dengan Menekan Butang “Share” dibawah

Kongsikan dengan kawan kawan anda yang sama-sama hendak menduduki peperiksaan Latihan Separa Perubatan Supaya Sama-sama mendapat manfaat. 

Terdapat beberapa nota tambahan berkaitan dengan Latihan Separa Perubatan dan juga beberapa CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN. Anda boleh download dan print.

PASTIKAN anda download untuk baca nota-nota tersebut.

[sociallocker id=”1578″] RUJUKAN PANTAS   Nota ringkas ini adalah himpunan tajuk-tajuk penting berkaitan tugas & skop jawatan Separa Perubatan U29  

1.       Kemoterapi 

  • Rawatan ini membunuh sel-sel yang mempunyai pertumbuhan yang pesat
  • Dijalankan dengan menyerang DNA atau enzim yang menggalakkan pertumbuhan mereka.
  • Digunakan untuk mengurangkan saiz dan penyebaran tumor

2.       Program derma organ 

  • Jika anda mendaftarkan nama anda di Daftar Penderma Organ Nasional, anda akan mengizinkan organ dan tisu anda digunakan untuk transplan selepas anda mati.
  • Usia muda atau tua boleh mendaftar nama sebagai penderma organ dan tisu.
  • Mereka yang berusia kurang dari 18 tahun wajib mendapatkan kebenaran ibu bapa atau penjaga dahulu.

3.       Probiotik

  • Merupakan mikro organism yang baik
  • Contoh probiotik ialah makanan seperti dadih (yougurt), susu kultur, budu, cencaluk dan belacan.
  • Probiotik turut ada dalam pisang, bawang putih, bawang besar, bawang merah, asparagus dan bijirin penuh mil.

KLIK SINI UNTUK DOWNLOAD NOTA PANTAS (Tekan “Right Klik” dan “Save As”) [/sociallocker]

[/fusion_text][/fusion_builder_column][/fusion_builder_row][/fusion_builder_container]