Nota Ringkas

  • TINDAKAN KEDUA

Baca Penerangan ringkas mengenai kerjaya Separa Perubatan,

Kami telah sediakan beberapa nota dibawah untuk segerakan pembacaan anda. 

----------------------------------------

Separa Perubatan merupakan bidang kerjaya yang ditawarkan menerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Ia merupakan satu kerjaya yang ditaja oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Calon yang layak akan dipanggil ke sesi peperiksaan dan temuduga menerusi surat panggilan. Selain itu, semakan di portal SPA juga boleh dilakukan untuk melihat kelayakan.

Dalam setahun, pengambilan Separa Perubatan akan diadakan sebanyak 2 kali. Setiap calon yang melepasi tapisan peperiksaan dan temuduga akan menerima elaun bulanan sebanyak RM857.57 sepanjang kursus tersebut dijalankan.


Latihan Bertaraf Diploma  

Terbahagi kepada 10 jawatan :

  • Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
  • Latihan Jurupulih Perubatan (Anggota)
  • Latihan Jurupulih Perubatan (Cara Kerja)
  • Latihan Jururawat
  • Latihan Jururawat Pergigian
  • Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan
  • Latihan Juruteknologi Pergigian
  • Latihan Juru X-Ray
  • Latihan Penolong Pegawai Farmasi
  • Latihan Penolong Pegawai Perubatan

 

Syarat kelayakan untuk memohon diploma Separa Perubatan :

  • Pemohon wajib memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan lulus Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) di peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Kelayakan SPM mengikut Sistem Terbuka untuk latihan ke Perkhidmatan Awam.
  • Calon-calon yang menduduki dan memiliki Sijil SPM mengikut sistem terbuka boleh dilantik ke skim-skim perkhidmatan yang mensyaratkan kelayakan demikian sebagai syarat lantikan. Untuk menentukan tahap kelulusan tersebut setaraf dengan kelulusan Sijil Penuh SPM, iaitu sijil yang dikeluarkan sebelum pelaksanaan peperiksaan mengikut sistem terbuka, syarat-syarat di bawah perlu dipenuhi.
  • Lulus 6 mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia, dengan 2 daripada mata pelajaran ialah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus dalam 1 peperiksaan; atau
  • Lulus 6 mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia, dengan 2 mata pelajaran ialah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam 2 peperiksaan dalam tempoh 3 tahun berturut-turut; dan
  • Memenuhi syarat Bahasa Malaysia, sama ada Kepujian atau Lulus dan subjek-subjek tertentu seperti yang disyaratkan dalam skim perkhidmatan.
  • Keutamaan diberikan kepada pemohon yang memiliki kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan), Sains/Sains Tulen, Bahasa Inggeris dan Matematik.

 

Umur calon untuk memohon Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma :

  • Calon lantikan terus berumur tidak kurang dari 17 tahun dan tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan;
  • Pegawai yang sedang berkhidmat untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) hendaklah berumur kurang dari 51 tahun pada tarikh permohonan.
  • Pegawai yang sedang berkhidmat (bukan KPSL) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan yang telah disahkan perkhidmatannya hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.

 

Latihan Bertaraf Sijil  

Terbahagi kepada 3 jawatan :

  • Latihan Jururawat Masyarakat
  • Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian
  • Latihan Pembantu Kesihatan Awam 

 

Syarat kelayakan untuk memohon sijil Separa Perubatan :

  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan memiliki Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
  • Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang memiliki kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Sains/Sains Paduan serta kepujian mata pelajaran Bahasa Inggeris dan lulus Matematik.

 

Umur calon untuk mengikuti Latihan Separa Perubatan bertaraf sijil:

  • Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun dan tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan;
  • Pegawai yang sedang berkhidmat untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) hendaklah kurang dari 51 tahun pada tarikh permohonan;
  • Pegawai sedang berkhidmat (bukan KPSL) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.

RUJUKAN PANTAS   Nota ringkas ini adalah himpunan tajuk-tajuk penting berkaitan tugas & skop jawatan Separa Perubatan U29  

1.       Kemoterapi 

  • Rawatan ini membunuh sel-sel yang mempunyai pertumbuhan yang pesat
  • Dijalankan dengan menyerang DNA atau enzim yang menggalakkan pertumbuhan mereka.
  • Digunakan untuk mengurangkan saiz dan penyebaran tumor

 

2.       Program derma organ 

  • Jika anda mendaftarkan nama anda di Daftar Penderma Organ Nasional, anda akan mengizinkan organ dan tisu anda digunakan untuk transplan selepas anda mati.
  • Usia muda atau tua boleh mendaftar nama sebagai penderma organ dan tisu.
  • Mereka yang berusia kurang dari 18 tahun wajib mendapatkan kebenaran ibu bapa atau penjaga dahulu.

3.       Probiotik

  • Merupakan mikro organism yang baik
  • Contoh probiotik ialah makanan seperti dadih (yougurt), susu kultur, budu, cencaluk dan belacan.
  • Probiotik turut ada dalam pisang, bawang putih, bawang besar, bawang merah, asparagus dan bijirin penuh mil.
  • TINDAKAN KETIGA

Sertai Channel Telegram untuk dapatkan contoh soalan seksyen A dan contoh soalan seksyen B

Copyright 2018 (c) All Rights Reserved
Privacy Policy - Disclaimer - Terms of Service

Pin It on Pinterest

This is the bottom slider area. You can edit this text and also insert any element here. This is a good place if you want to put an opt-in form or a scarcity countdown.