Antara Topik Hot Soalan Exam Online

Penolong Pegawai Tadbir N29:
Selamat datang semua.

Antara topik hot dalam Seksyen A

1. Konsep pengasingan kuasa
• Pentadbiran
• Perundangan
• Kehakiman

2. Perlembagaan
• Definisi perlembagaan – Undang-undang tertinggi sesebuah negara serta menjadi asas rujukan undang-undang lain.
• Jenis perlembagaan – Perlembagaan persekutuan dan perlembagaan negeri (Undang-undang tubuh negeri).
• Perlembagaan persekutuan – 183 perkara yang terbahagi kepada 15 bahagian. Digubal pada 1956 oleh Suruhanjaya Reid.
• Peruntukan utama Perlembagaan Persekutuan:

1) Kebebasan Asasi
2) Kewarganegaraan
3) Sistem pemerintahan

3. Sistem Pentadbiran di Malaysia
• Kerajaan Persekutuan (YdPA, Majlis Raja-Raja, Badan Perundangan, Badan Eksekutif, Badan Kehakiman, etc.)
• Kerajaan Negeri (Sultan/YdPNegeri, Menteri Besar/Ketua Menteri, Dewan Negeri, etc.)
• Pihak Berkuasa Tempatan

4. Konsep dan contoh:
• Kementerian
• Jabatan
• Suruhanjaya
• Badan berkanun & Badan tidak Berkanun
• Majlis-Majlis

5. Sistem Kabinet atau Jemaah Menteri
• Organisasi utama yang menjalankan tugasan Badan Eksekutif Kerajaan Malaysia
• Fungsi kabinet – Cth: Bentuk dan gubal dasar kerajaan
• Ahli kabinet – Diketuai oleh Perdana Menteri
• Mesyuarat kabinet – biasanya bersidang setiap hari Rabu iaitu seminggu sekali.

6. Undang-undang di Malaysia
• Jenis undang-undang di Malaysia – Undang-undang bertulis (Perlembagaan) dan undang-undang tidak bertulis (Undang-undang Adat)
• Perlembagaan
• Statut – Akta, Ordinan dan Enakmen
• Perundangan Kecil
• Perlembagaan Negeri

7. Badan Perundangan
• Parlimen (YdPA, Dewan Rakyat dan Dewan Negara)
• Dewan Negeri (YdPNegeri, Dewan Negeri)
• Proses penggubalan dan kelulusan Rang Undang-Undang

8. Kehakiman di Malaysia
• Fungsi Mahkamah
• Jenis Mahkamah ( Mahkamah Awam, Mahkamah Khas, Mahkamah Syariah, Mahkamah-mahkamah khas, badan pengadilan yang lain)
• Atur cara sivil dan jenayah

9. Dasar Dalam Negara
• Dasar Pembangunan Ekonomi Negara – Cth: Rancangan Malaysia, Wawasan 2020
10. Dasar Luar Negara
• ASEAN
• PBB
• NAM
• OIC
• APEC

11. Isu Semasa
• Konsep 1Malaysia
• Isu Rasuah
• GST