Susulan dari email yang dihantar ekslusif untuk subscriber Skopkerjaya.com
Salam sejahtera
Terlebih dahulu, saya ingin maklumkan, saya bukan menyahut seruan kerajaan untuk melakukan 2 kerja pada satu masa.
Saya berkongsi maklumat ini untuk individu yang belum bekerja tetapi sedang berusaha untuk mencari peluang pekerjaan, lebih-lebih di jabatan kerajaan.
Jika anda sudah bekerja tetap, abaikan sahaja email ini.
Pekerja Sambilan Harian (PSH) bekerja seperti kakitangan tetap. Maknanya kerja Isnin hingga Jumaat. 7.30 pagi hingga 4.30 petang .Sabtu dan Ahad, public holiday cuti melainkan di arahkan untuk bekerja. Dan seperti yang dijanjikan pada email lepas, contoh surat permohonan PSH.
=====================================
ALAMAT ANDA
ALAMAT AGENSI KERAJAAN
TARIKH
Tuan/Puan
PERMOHONAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN(PSH) (NAMA JAWATAN DIPOHON)
NAMA : (NAMA FULL)
NO K/PENGENALAN : 0000
Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.
2. Adalah saya seperti nama di atas berminat bagi mengisi kekosongan jawatan Pekerja Sambilan Harian(PSH) (NAMA JAWATAN) di jabatan tuan.
3. Sehubungan itu, bersama-sama ini disertakan dokumen berkaitan untuk rujukan pihak tuan. Segala pertimbangan pihak tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
Nama
Tandatangan
==================================
Hantarkan ke jabatan-jabatan atau mana-mana agensi kerajaan yang berkaitan.
Macam mana nak cari agensi yang menawarkan PSH? Cuba cari agensi kerajaan di sekitar kawasan tempat tinggal anda, surat khabar atau Google di internet.
Jika tidak ada, anda boleh rujuk senarai 241 Agensi kerajaan di laman web ini http://www.jejakbalas.com/241-agensi-01
Saya juga ingin maklumkan 241 agensi tersebut juga ada menawarkan jawatan tetap sepenuh masa. Cuba hubungi mereka dahulu untuk kepastian. Jika mereka ada tawarkan jawatan tetap, mohon jawatan tetap tersebut. Kenapa nak PSH kalau ditawarkan jawatan tetap kan?
Harap email yang saya hantar ini dapat membantu serba sedikit.
Jumpa lagi di email seterusnya.
Yang benar,
Rammel Ramli
www.skopkerjaya.com
p.s pernah tak terfikir nak mulakan perniagaan kecil-kecilan untuk buat duit belanja?
p.s.s contohnya jual nasi lemak seringgit, jual tepi-tepi jalan dan sebagainya?
p.s.s.s saya nak kongsi sedikit pasal bisnes tepi jalan kalau beminat.
/
/
/