• Kumpulan: Pelaksana
  • Kem/Jab: Kementerian Kesihatan
  • Jadual Gaji:
GAJI MINIMUMGAJI MAKSIMUMKADAR KENAIKAN
GAJI TAHUNAN
RM1,797.00RM5,753.00RM145.00
  • Syarat Lantikan:
    • warganegara Malaysia;
    • berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
      • Diploma dalam bidang fisioterapi, pemulihan cara kerja atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
        (Gaji permulaan ialah pada Gred U29: RM1,797.00).
    • Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Deskripsi Tugas:
    • Pemulihan anggota dengan menggunakan senaman, cahaya elektrik, sejuk air, urut dan karan/elektrik.
    • Merancang program rawatan kepada pesakit supaya dapat memberi kesan yang diperlukan.
    • Membantu doktor menentukan jenis penyakit, misalnya menguji dengan cara elektrik.
    • Menyimpan laporan kemajuan pesakit-pesakit terutama penyakit yang mengambil masa panjang seperti polio.
    • Memaklumkan kepada pegawai perubatan mengenai kesesuaian sesuatu skim rawatan terhadap seseorang pesakit.
    • Membuat pesanan bekalan peralatan.
    • Mengajar pesakit-pesakit mengenai senaman yang perlu dilakukan di rumah terutama bagi mereka yang tinggal berjauhan dan sukar untuk datang ke hospital.
    • Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pegawai atasan dari semasa ke semasa.

Sumber: Jurupulih Perubatan U29 (Fisioterapi)