Rentetan email yang dihantar ekslusif kepada subscriber SkopKerjaya.com

Salam bahagia

PERNAH TAK ANDA TERFIKIR

buat kerja separuh masa (Kerja Part Time) di agensi kerajaan?

Saya nak kongsikan sesuatu dengan anda.

Saya adalah seorang pekerja separuh masa di sebuah Institusi Pendidikan Teknikal dibawah seliaan Kementerian Sumber Manusia, secara kontrak. Teknikalnya saya kerja dibawah kerajaan.

Alhamdulillah, sudah masuk tahun ke empat berkhidmat.

Sambil-sambil saya menunggu peluang lain untuk bekerja tetap, saya bekerja secara separuh masa.

PEKERJA SAMBILAH HARIAN PSH

Ada satu kontrak yang dinamakan sebagai PSH (Pekerja Sambilan Harian) yang biasanya ditawarkan kepada individu yang berminat untuk bekerja secara part time dengan kerajaan untuk satu tempoh tertentu.

Kontrak yang ditawarkan adalah 3 bulan dan boleh diperbaharui apabila tamat tempoh. Kelebihan PSH, anda boleh mohon ke agensi kerajaan tertentu tanpa melalui SPA. Peluang diambil bekerja juga tinggi kerana agensi yang menawarkan PSH memerlukan kakitangan segera.

Kadar upah (sehari) yang anda terima adalah berdasarkan kelayakkan anda.
SPM: RM54
Diploma: RM72
Ijazah: RM100
Walaubagaimanapun, kelemahan PSH adalah gaji anda dibayar mengikut bilangan hari anda bekerja. Jika anda cuti, tidak hadir atau cuti umum, gaji anda akan ditolak.

PSH juga tidak ada benefit, tidak ada elaun, tiada cuti sakit, tiada cuti tahunan. Masa bekerja sama seperti kakitangan tetap.

Jika anda berminat, cara memohon amat mudah. Hantarkan surat permohonan kepada agensi kerajaan yang anda berkenaan.

Jika ada kekosongan atau keperluan, anda akan mendapat pangilan interview dan mengikut pengalaman saya, ianya tidak seketat (strick) temuduga SPA.

Ini adalah salah satu cara bekerja dengan kerajaan jika anda perlukan pendapatan bulanan.

Esok saya akan berikan satu contoh surat permohonan yang anda boleh guna, nak tak?

Yang benar,

Rammel Firdaus
Laman Kerjaya No. 1 Anda
www.skopkerjaya.com

p.s, Baca 241 senarai agensi kerajaan yang anda boleh mohon kerja tanpa melalui SPA di laman ini http://www.jejakbalas.com/241-agensi-01