• Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
  • Kem/Jab: Kementerian Belia dan Sukan
  • Jadual Gaji:
Gaji MinimumGaji MaksimumKadar Kenaikan
Gaji Tahunan
RM2,078.00RM9,544.00RM225.00

SYARAT LANTIKAN :

  1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
  2. warganegara Malaysia;
  3. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c)

(i) ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,078.00); atau

(ii) ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,281.86)

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

2.Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN

3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Belia dan Sukan adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Belia dan Sukan Gred S41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

(a)

(i) mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau

(ii) lulus Peperiksaan Khas; dan

(b) had umur pelantikan:

1.berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau

2.berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau

3.berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

DESKRIPSI TUGAS :

Merangka dasar, merancang program serta aktiviti berkaitan kegiatan belia dan sukan di peringkat Kementerian/Jabatan. Meliputi memberikan bantuan dalam bentuk pinjaman kewangan, memberikan nasihat kepakaran serta penyeliaan berterusan bagi mengembangkan program-program belia dan sukan.

Sumber: Pegawai Belia dan Sukan S41