• Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
  • Kem/Jab:Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
  • Jadual Gaji:
Gaji MinimumGaji MaksimumKadar Kenaikan
Gaji Tahunan
RM2,317.00RM9,620.00RM225.00

SYARAT LANTIKAN :

  1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:  
  2. warganegara Malaysia;  
  3. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan  

(c)    

(i) ijazah sarjana muda sains kepujian dalam bidang ekologi, fizik, kimia hayat, kaji hayat atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

 (Gaji Permulaan pada Gred C41 : RM2,317.00); atau  

(ii) ijazah sarjana muda sains kepujian dalam  bidang alam sekitar atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji Permulaan pada Gred C41 : RM2,420.23); atau  

(iii) ijazah sarjana muda kejuruteraan awam, mekanikal, kimia atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji Permulaan pada Gred C41 : RM2,524.01).  

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan  

SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN

  • Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Kawalan Alam Sekitar adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Kawalan Alam Sekitar Gred C41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:  

(a)    

(i) mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau  

(ii) lulus Peperiksaan Khas; dan  

(b)had umur pelantikan:

1.berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau

2.berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau

3.berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.  

DESKRIPSI TUGAS :

Bertanggungjawab melaksanakan aktiviti penguatkuasaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya dan Akta Zon Ekonomi Eksklusif 1984 dan peraturan-peraturan di bawahnya. Menilai pencapaian program penguatkuasaan Akta-akta tersebut.

Sumber : Pegawai Kawalan Alam Sekitar C41