• Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
  • Kem/Jab: Kementerian Sumber Manusia
  • Institut Latihan Perindustrian (ILP)
  • Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC)
  • Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI)
  • Kementerian Belia dan Sukan
  • Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN)
  • Jadual Gaji:
Gaji MinimumGaji MaksimumKadar Kenaikan
Gaji Tahunan
RM2,322.00RM9,643.00RM225.00

SYARAT LANTIKAN :

  1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:  

(a) warganegara Malaysia;  

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan  

(c)    

(i) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang teknologi kejuruteraan atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred DV41: RM2,322.00); atau  

(ii) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang kejuruteraan, seni bina, ukur bahan, ukur tanah, ukur bangunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred DV41:RM2,529.00).  

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

2.Calon yang memiliki kelayakan di perenggan 1(c) hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.  

SYARAT LANTIKAN TERUS KE JAWATAN PENOLONG PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL GRED DV43, DV47, DV51, DV53  

  • Calon adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik yang berkenaan bagi lantikan terus ke jawatan Pegawai Latihan Vokasional Gred DV43, DV47, DV51 atau DV53 yang kosong jika memenuhi syarat-syarat seperti berikut:  

(a) memenuhi syarat lantikan seperti di perenggan 1(a),1(b), 1(c) dan 2; dan  

(b) mempunyai tahap pengalaman/kemahiran dan kemampuan mengajar bidang-bidang ketukangan berkenaan seperti yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik.

(Gaji permulaan ialah pada Gred DV43: RM3,608.00/

Gaji permulaan ialah pada Gred DV47: RM5,208.00/

Gaji permulaan ialah pada Gred DV51: RM5,857.00/

Gaji permulaan ialah pada Gred DV53: RM6,179.00).  

DESKRIPSI TUGAS :

  • ·Bertanggungjawab kepada Pengarah di Institusi dalam menyelaraskan kegiatannya pada peringkat kebangsaan di Institusi sebagaimana yang ditentukan.
  • ·Menjalankan usaha-usaha berbentuk penyelidikan dan pembangunan latihan vokasional sejajar dengan keperluan industri.
  • ·Menyelia, menyelaras dan mengawal semua Penolong Pegawai Latihan Vokasional dan kakitangan lain dalam melaksanakan tugas aktiviti latihan.
  • ·Menyediakan jadual latihan tahunan, keperluan latihan termasuk pembahagian “work load” semua Penolong/Pembantu Pegawai Latihan Vokasional.
  • ·Menguruskan pelaksanaan program latihan dan persediaan perisian latihan.
  • ·Mengurus, menyelia dan mengawal kegunaan peralatan, bahan-bahan bengkel serta makmal latihan.
  • ·Mengendalikan kursus-kursus mengikut keperluan-keperluan sukatan dan piawaian latihan serta bertanggungjawab ke atas kualiti dan keberkesanan kursus yang dikendalikan.
  • ·Bertanggungjawab dalam membuat promosi, merancang dan menjalankan, menilai pencapaian kursus-kursus jangka pendek yang dijalankan di institusi berkenaan.
  • ·Membantu dalam menilai dan memperbaiki kursus-kursus latihan dari segi kelicinan dan keberkesanan.
  • ·Menyertai aktiviti-aktiviti pentadbiran/pengurusan Pusat Institusi Jabatan.
  • ·Membuat perhubungan dengan industri untuk mendapatkan tempat yang sesuai untuk pelatih-pelatih menjalani aktiviti dalam logi.
  • ·Merancang dan melaksanakan jadual lawatan susulan latihan dalam logi untuk pengajar-pengajar dan memeriksa laporan pegawai susulan untuk menilai keberkesanan program tersebut.
  • ·Menyempurnakan tugas-tugas lain dan tanggungjawab yang diarahkan oleh Pengarah dan Ketua Jabatan dari semasa ke semasa.
  • ·Menyelaraskan perhubungan di antara jabatan-jabatan/ketukangan-ketukangan khususnya yang berkaitan dengan keperluan latihan dan kemudahan bahan mengajar.

Sumber: Pegawai Latihan E41

Pin It on Pinterest