• Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
  • Kem/Jab: Jabatan Peguam Negara dan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan
  • Jadual Gaji:
Gaji MinimumGaji MaksimumKadar Kenaikan
Gaji Tahunan
RM2,418.00RM9,607.00RM225.00

SYARAT LANTIKAN :  

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:  

(a) warganegara Malaysia;  

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan  

(c)    

(i) Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred L41: RM2,418.00); atau  

(ii) Sijil Amalan Guaman.

(Gaji permulaan ialah pada Gred L41: RM2,418.00); atau  

(iii) Barrister-at-law-England.

(Gaji permulaan ialah pada Gred L41: RM2,418.00); atau  

(iv) Solicitor of the Supreme Court of Judicature of England atau Solicitor of the Senior Courts of England and Wales daripada Solicitor Regulation Authority.

(Gaji permulaan ialah pada Gred L41: RM2,418.00)  

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.  

SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN  

3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Undang-undang atau Jurubahasa Gred LA29/30, LA32,LA38,LA40 adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Undang-undang Gred L41, tertakluk kepada kekosongan apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:  

(a) mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); dan  

(b) had umur pelantikan:  

  1.berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau

2.berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau

3.berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.  

DESKRIPSI TUGAS :

Bertanggungjawab menjalankan tugas perundangan dalam aspek pendakwaan, perbicaraan dan rayuan, nasihat perundangan, penggubalan undang-undang, penyemakan dan pembaharuan undang-undang, guaman dan hal ehwal antarabangsa.

Sumber: Pegawai Undang-Undang L41

Pin It on Pinterest