• Kumpulan:Pelaksana
  • Kem/Jab:Pelbagai Kementerian/ Jabatan
  • Jadual Gaji:
GAJI MINIMUMGAJI MAKSIMUMKADAR KENAIKAN
GAJI TAHUNAN
RM1,493.00RM5,672.00RM 145.00
  • Syarat Lantikan:
    Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
    • warganegara Malaysia;
    • berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan pada Gred S29: RM1,493.00); atau
    • Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
      (Gaji permulaan pada Gred S29: RM1,493.00); atau
    • bekas inspektor Polis Diraja Malaysia atau Leftenan Angkatan Malaysia atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.
      (Gaji permulaan pada Gred S29: RM1,493.00); atau
    • diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan mempunyai pengetahuan berhubung dengan peraturan-peraturan Angkatan Tentera malaysia atau Polis Diraja Malaysia.
      (Gaji permulaan pada Gred S29: RM1,770.95); dan mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:
    • tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
    • berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
    • mempunyai ukuran indeks Jisim Badan (BMI) diantara julat 19 hingga 26;
    • sekurang kurang 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
    • lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
    • pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat;
      dan
    • diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.
  • Syarat Bahasa Melayu
    Calon bagi lantikan yang memiliki kelayakan di perenggan 1(c)(i) atau (ii) atau (iv) di atas hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Syarat Peningkatan Secara Lantikan
    Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Kesatria adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Kesatria Gred S29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
    • mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); dan
    • lulus Peperiksaan Khas; dan
    • had umur pelantikan:
      • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
      • berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
      • berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
  • Deskripsi Tugas :
    Bertanggungjawab membantu Pegawai Kesateria merancang, mengurus serta menyelaras hal-hal yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti kawad, pasukan pancaragam/muzik dan menguatkuasakan disiplin pelatih-pelatih di Institut Kemahiran Belia Negara.

Sumber : Penolong Pegawai Kesatria S29