• Kumpulan: Pelaksana
  • Kem/Jab: Kementerian Kesihatan Malaysia
  • Jadual Gaji:
GREDGAJI MINIMUMGAJI MAKSIMUMKADAR KENAIKAN
GAJI TAHUNAN
U29RM1,797.00RM5,753.00RM145.00
U32RM2,331.00RM6,394.00RM155.00
U36RM3,590.00RM7,605.00RM180.00

SYARAT LANTIKAN KE GRED U29 :

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:  

(a) warganegara Malaysia;  

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan  

(c)    

(i) Diploma dalam bidang kesihatan persekitaran yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred U29: RM1,797.00).  

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU :

2. Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.  

SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN :

Pegawai yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Kesihatan Awam adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:  

(a) mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); dan  

(b) had umur pelantikan:  

  1.berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau

2.berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau

3.berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.  

DESKRIPSI TUGAS :

1.Pentadbiran

1.Menyelia dan menghantar laporan-laporan mengenai aktiviti yang dijalankan seperti pemeriksaan, penyiasatan, tindakan yang diambil dan pengawasan.

2.Menyelia dan melatih kakitangan di bawah jagaannya.

2.Menguatkuasakan undang-undang, peraturan dan undang-undang kecil di bawah Ordinan dan Enakmen yang berkaitan dengan kesihatan umum.

3.Menyiasat dan menyediakan laporan ke atas semua kes penyakit berjangkit.

4.Memeriksa dan mengawas bahan-bahan makanan di premis-premis makanan seperti restoran, kilang, rumah sembelih dan pasar.

5.Mengawasi kebersihan alam sekitar.

6.Menjalankan aktiviti-aktiviti pendidikan kesihatan umum seperti ceramah kepada Institusi Kerajaan dan Swasta Badan-badan Sukarela.

Sumber : Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U29

Pin It on Pinterest