• Kumpulan: Pelaksana
  • Kem/Jab: Jabatan Penerangan Malaysia / Unit Komunikasi Korporat Agensi, Jabatan dan Kementerian
  • Jadual Gaji:
Gaji MinimumGaji MaksimumKadar Kenaikan
Gaji Tahunan
RM1,493.00RM5,672.00RM145.00

SYARAT LANTIKAN :

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:  

(a) warganegara Malaysia;  

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan  

(c)    

(i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji Permulaan pada Gred S29 : RM1,493.00); atau  

(ii) Sijil Tinggi Agama Malaysia yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji Permulaan pada Gred S29 : RM1,493.00); atau  

(iii) Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji Permulaan pada Gred S29 : RM1,770.95)  

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.  

SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN  

3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Penerangan adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Penerangan Gred S29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:  

(a) 1.mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); dan

2.lulus Peperiksaan Khas; dan  

(b) had umur pelantikan:

1.berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau

2.berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau

3.berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.  

DESKRIPSI TUGAS :

PERINGKAT ORGANISASI

Jabatan Penerangan Malaysia

RINGKASAN TUGAS  

Bertanggungjawab melaksanakan aktiviti dan objektif jabatan, menjalankan tugas pentadbiran dan kewangan di daerah, menganggotai jawatankuasa-jawatankuasa tetap dan ad hoc di daerah dan menyediakan laporan-laporan dan analisis-analisis berhubung dengan isu-isu semasa.  

SKOP FUNGSI DAN BIDANG TUGAS  

Aspek Kewangan dan Operasi  

(a) Melaksanakan menyediakan perbelanjaan mengurus tahunan.  

(b) Bertindak sebagai pegawai operasi aktiviti dan program jabatan di peringkat bahagian, negeri dan daerah.  

(c) Melaksanakan aktiviti penyebaran maklumat mengenai falsafah, dasar dan wawasan negara melalui pendekatan komunikasi bersemuka, media cetak dan elektronik.  

(d) Mengawal selia pelaksanaan program dan aktiviti di peringkat daerah.  

(e) Mengurus program dan aktiviti yang dijalankan.  

Aspek Perancangan  

(a) Melaksanakan program dan aktiviti di peringkat negeri dan daerah melalui komunikasi bersemuka, perhubungan awam dan komunikasi visual.  

(b) Melaksanakan program dan aktiviti penyebaran maklumat di peringkat negeri dan daerah.  

(c) Melaksanakan secara bersepadu program dan aktiviti mengenai dasar-dasar kerajaan kepada rakyat yang berbilang kaum bagi memupuk semangat cintakan negara.  

(d) Menyediakan laporan kaji selidik aktiviti di peringkat negeri dan daerah.  

(e) Menjalankan aktiviti naziran dan perancangan strategik berkenaan perhubungan awam, media dan publisiti serta aktiviti-aktiviti jabatan.  

Aspek Penyelidikan dan Pembangunan  

(a) Menyediakan laporan aktiviti dan program di peringkat negeri dan daerah ke arah memenuhi keperluan stakeholder dan kumpulan sasaran.  

(b) Mendapatkan maklum balas mengenai pelaksanaan program dan aktiviti dalam bidang penerangan.  

(c) Membantu menyediakan rangkaian dan jaringan penyebaran maklumat dan pengumpulan maklum balas secara sistematik.  

(d) Menyediakan laporan mengenai program selaras dengan perubahan dan persekitaran semasa.  

Aspek Latihan  

(a) Menjalankan program latihan kepada kakitangan bahagian, negeri dan daerah mengikut keperluan dan kemahiran.  

(b) Melaksanakan program keperluan tenaga manusia jabatan agar mencapai matlamat dan objektif jabatan.  

(c) Menyediakan laporan latihan kakitangan di bawah Dasar Latihan.  

KEBOLEHAN YANG DIUTAMAKAN (PENGETAHUAN/KEMAHIRAN)  

(a) Berkelulusan Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.  

(b) Berkelulusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia/ Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.  

(c) Berkebolehan dalam komunikasi secara lisan dan bertulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.  

(d) Berkebolehan membuat penyampaian dengan berkesan kepada individu dan kumpulan.  

(e) Berkebolehan menguruskan konflik dan menyelesaikan masalah.  

PERINGKAT ORGANISASI  

Unit Komunikasi Korporat

Agensi, Jabatan Dan Kementerian  

SKOP FUNGSI DAN TUGAS  

(a) Sebagai “Focal Point” kementerian dan agensi dalam penyampaian dan penyaluran maklumat diperingkat kementerian, nasional dan antarabangsa.  

(b) Penyelarasan majlis / program / aktiviti secara kerjasama strategik dengan lain-lain kementerian dan agensi.  

(c) Melaksanakan program perhubungan awam kerajaan.  

(d) Membantu pengurusan lawatan rasmi kementerian.  

(e) Melaksanakan penerbitan-penerbitan bercetak dan digital secara berkala (Majalah, Buku Kecil, Laporan Tahunan, Koleksi Ucapan).  

(f) Membantu pengurusan acara rasmi kementerian.  

(g) Menyelaras dan memantau pengurusan aduan, pertanyaan dan khidmat pelanggan.  

(h) Mengendalikan urusan berkaitan pentadbiran dan kewangan.  

(i) Memantau dan mengurus isu berbangkit dan penyediaan maklumbalas di media cetak, media elektronik dan media sosial.  

(j) Merancang dan mambangunkan kandungan kreatif untuk penerbitan konvensional dan digital.  

(k) Membina hubungan bersama pihak media dan influencer media.  

(l) Melaksanakan pengurusan media kementerian.  

(m) Melaksanakan pemantauan berita-berita di media massa dan media sosial.

Sumber : Penolong Pegawai Penerangan S29

Pin It on Pinterest