• Gred: KP29
  • Kumpulan: Pelaksana
  • Kem/Jab: Jabatan Imigresen Malaysia
  • Jadual Gaji:

Penolong Penguasa Imigresen Gred KP29

Gaji MinimumGaji MaksimumKadar Kenaikan
Gaji Tahunan
RM1,493.00RM5,696.00RM145.00

SYARAT LANTIKAN :

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:  

(a) warganegara Malaysia;  

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan  

KELAYAKAN LANTIKAN KE JAWATAN PENOLONG PENGUASA IMIGRESEN GRED KP29  

(c)    

(i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

(Gaji Permulaan pada Gred KP29 : RM1,493.00);atau  

(ii) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

(Gaji permulaan ialah pada Gred KP29: RM1,493.00);atau  

(iii) Diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred KP29: RM1,770.95).  

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.  

SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN

3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pegawai Imigresen adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Penguasa Imigresen Gred KP29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:  

(a)    

(i) mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau  

(ii) lulus Peperiksaan Khas; dan  

(b) had umur pelantikan:

1.berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau

2.berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau

3.berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.  

DESKRIPSI TUGAS :  

Penolong Penguasa Imigresen Gred KP27

Bertanggungjawab dalam aspek operasi, penguatkuasaan, pencegahan dan keselamatan negara.

Sumber: Penolong Penguasa Imigresen KP29

Pin It on Pinterest