• Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
  • Kem/Jab: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan/ Jabatan Landskap Negara
  • Jadual Gaji:
Gaji MinimumGaji MaksimumKadar Kenaikan
Gaji Tahunan
RM2,529.00RM9,643.00RM225.00

SYARAT LANTIKAN :

Calon bagi lantikan hendaklah
memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
dan

(c) Ijazah Sarjana Muda Seni Bina Landskap yang diiktiraf oleh Kerajaan
daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf denggannya.

(Gaji Permulaan pada Gred J41 : RM2,529.00); atau

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

Calon bagi lantikan hendaklah
memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa
Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau
kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN

Pegawai sedang berkhidmat dalam
perkhidmatan Penolong Arkitek Landskap adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak
Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan
Arkitek landskap Gred J41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah
disahkan dalam perkhidmatan dan:

(a)mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); dan

(b)had umur pelantikan:

·        
1.berumur
kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan
paksa 55 atau 56 tahun; atau

·        
2.berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh
lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau

·        
3.berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh
lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

DESKRIPSI TUGAS :

Bertanggungjawab melaksanakan
reka bentuk kerja-kerja pembangunan, penyelenggaraan, pengawasan projek, mereka
bentuk pelan pembangunan, taman awam, lanskap serta memberi ‘input’ kepada
rancangan pelan pembangunan struktur, kertas-kertas mengenai garis panduan dan
perancangan serta projek-projek yang dilaksanakan oleh Jabatan.