• Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
  • Kem/Jab: Pelbagai Kementerian/Jabatan
  • Jadual Gaji:
Gaji MinimumGaji MaksimumKadar Kenaikan
Gaji Tahunan
RM2,529.00RM9,643.00RM225.00

SYARAT LANTIKAN :

  1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
  2. warganegara Malaysia;
  3. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang remote sensing, geoinformatik, ukur tanah

atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi

tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji Permulaan pada Gred J41 : RM2,529.00)

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam

subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia

atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN

3.Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Juruukur adalah

layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara

Lantikan ke jawatan Jurugeospatial Gred J41, tertakluk kepada kekosongan jawatan,

apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

(a )mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); dan

  • had umur pelantikan:

1.berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau

2.berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau

3.berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

DESKRIPSI TUGAS :

Bertanggungjawab dalam penyediaan reka bentuk peta elektronik, peta tematik serta peta

topografi terhad dan tidak terhad yang diperlukan oleh kerajaan dan awam bagi tujuan pertahanan, pembangunan negara, pengurusan sumber, pendidikan dan pentadbiran.

Sumber: Jurugeospatial J41