• Gred: U29, U32, U36
  • Kumpulan: Pelaksana
  • Kem/Jab: Kementerian Kesihatan
  • Jadual Gaji:
GredGaji MinimumGaji MaksimumKadar Kenaikan
Gaji Tahunan
U29RM1,797.00RM5,753.00RM145.00
U32RM2,331.00RM6,394.00RM155.00
U36RM3,590.00RM7,605.00RM180.00

SYARAT LANTIKAN :

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:  

(a) warganegara Malaysia;  

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan  

(c)    

(i) Diploma dalam bidang kejururawatan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia.

(Gaji permulaan ialah pada Gred U29: RM1,797.00)  

(ii) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu (sekurang-kurangnya Gred C) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf dengannya oleh Kerajaan.  

DESKRIPSI TUGAS :

1. Pemulihan anggota dengan menggunakan senaman, cahaya elektrik, sejuk air, urut dan karan/elektrik.

2.Merancang program rawatan kepada pesakit supaya dapat memberi kesan yang diperlukan.

3.Membantu doktor menentukan jenis penyakit, misalnya menguji dengan cara elektrik.

4.Menyimpan laporan kemajuan pesakit-pesakit terutama penyakit yang mengambil masa panjang seperti polio.

5.Memaklumkan kepada pegawai perubatan mengenai kesesuaian sesuatu skim rawatan terhadap seseorang pesakit.

6.Membuat pesanan bekalan peralatan.

7.Mengajar pesakit-pesakit mengenai senaman yang perlu dilakukan di rumah terutama bagi mereka yang tinggal berjauhan dan sukar untuk datang ke hospital.

8.Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pegawai atasan dari semasa ke semasa.

JURURAWAT GRED U29

1.Perawatan Kesihatan Keluarga

1.Perkhidmatan kesihatan ibu dan kanak-kanak.

2.Perkhidmatan lawatan ke rumah.

3.Perkhidmatan kesihatan di sekolah.

4.Perkhidmatan perancang keluarga.

5.Pendidikan kesihatan.

2.Latihan

Membantu dalam mengajar pelbagai kategori pelatih separa perubatan semasa latihan mereka.

3.Menyelia

1.Menyelia pekerja-pekerja ‘Auxilliary’ dan kakitangan kesihatan lain dalam kawasan operasi.

2.Menyelia bidan kampung dan bidan swasta berdaftar.

4.Pentadbiran

1.Mentadbir klinik.

2.Merancang dan menjalankan lawatan ke rumah.

3.Menyimpan rekod-rekod dan reten perkhidmatan kesihatan keluarga di dalam kawasan operasi.

4.Membantu dalam penilaian kakitangan bawahan.

5.Tugas-tugas Jururawat Di Hospital

1.Penjagaan Pesakit

1.Mengurus dan melayan makan minum pesakit.

2.Mengurus dan menjaga kebersihan pesakit.

3.Penjagaan dan merawat ibu selepas bersalin.

4.Penjagaan dan merawat bayi selepas kelahiran.

2.Membantu Doktor dalam menjalankan tugas-tugas perawatan.

3.Menyelia Penolong Jururawat, Bidan dan kakitangan bawahan.

4.Membantu Ketua Jururawat dalam pentadbiran wad dan penilaian pelatih-pelatih.

5.Rawatan-rawatan lain mengikut arahan.

Sumber: Jururawat U29

Pin It on Pinterest