• Kumpulan: Pelaksana
  • Kem/Jab: Kementerian Kesihatan
  • Jadual Gaji:
GAJI MINIMUMGAJI MAKSIMUMKADAR KENAIKAN
GAJI TAHUNAN
RM1,797.00RM5,753.00RM145.00
  1. Syarat Lantikan:
    • warganegara Malaysia;
    • berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
    • Diploma dalam bidang teknologi makmal perubatan atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
      (Gaji permulaan ialah pada Gred U29: RM1,797.00).
    • Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  2. Deskripsi Tugas:
    • Kajian/Penyelidikan.
      • Mengambil contoh-contoh untuk kajian daripada pesakit-pesakit dan binatang-binatang.
      • Menyediakan ujian dan simpanan reagcut, media, standard solution suspension dan lain-lain.
      • Membantu kerja-kerja pembedahan mayat yang berkaitan undang-undang.
    • Pentadbiran
      • Menerima, merekod dan mengirim contoh-contoh untuk ujian.
      • Menyelenggara perjalanan, pembersihan dan meminyakkan alat-alat kelengkapan makmal.
      • Membantu dalam pemesanan bekalan dan menyimpan senarai alat-alat kelengkapan (inventory).
      • Mengemukakan semua laporan keputusan ujian dan menyimpan peraturan-peraturan yang dijalankan dan keputusan ujian-ujian yang diperolehi bagi perkhidmatan, penyelidikan dan pengajian.
      • Memangku dan mengambil tanggungjawab Juruteknologi Makmal Perubatan Tingkatan Khas semasa ketiadaan beliau.
      • Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pegawai atasan dari masa ke masa.

Sumber: Juruteknologi Makmal Perubatan U29