• Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
  • Kem/Jab: Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia
  • Jadual Gaji:
Gaji MinimumGaji MaksimumKadar Kenaikan
Gaji Tahunan
RM2,081.00RM9,547.00RM225.00

SYARAT LANTIKAN :

1.Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:  

(a) warganegara Malaysia;  

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan  

(c)    

(i) Ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

(Gaji permulaan ialah pada Gred KP41: RM2,081.00);atau  

(ii) Ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

(Gaji permulaan ialah pada Gred KP41: RM2,285.00);atau  

(iii) Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

(Gaji permulaan ialah pada Gred KP41: RM2,387.21)  

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan  

DESKRIPSI TUGAS :

Menjadi sumber rujukan kepada mana-mana urusan berkaitan dengan perkara-perkara seperti berikut:

Urusan Kad Pengenalan

  1. kad pengenalan;

2. pindaan butiran kad pengenalan; dan

3. pengurusan rekod/daftar kad pengenalan.

Urusan Kelahiran, Kematian dan Anak Angkat

  1. kelahiran;

2. kematian;

3. anak angkat; dan

4. pengurusan rekod kelahiran, kematian dan anak angkat.

Urusan Kewarganegaraan

  1. kewarganegaraan;

2. perlucutan kewarganegaraan;

3. perlepashakan kewarganegaraan; dan

4. pengurusan rekod kewarganegaraan.

Urusan Perkahwinan dan Perceraian

  1. perkahwinan;

2. tribunal perkahwinan;

3. perceraian;

4. pindaan butiran perkahwinan dan perceraian; dan

5. pengurusan rekod perkahwinan dan perceraian.

Urusan Siasatan dan Penguatkuasaan

  1. penyiasatan;

2. pendakwaan;

3. perisikan;

4. operasi; dan

5. sistem kawalan keselamatan

Sumber : Pegawai Pendaftaran KP41

Pin It on Pinterest