• Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
  • Kem./Jab: Pelbagai Kementerian/ Jabatan
  • Gred Jawatan: Q41, Q43, Q47, Q51, Q53
  • Jadual Gaji:
GREDGAJI MINIMUMGAJI MAKSIMUMKADAR KENAIKAN
GAJI TAHUNAN
Q41RM2,315.00RM9,618.00RM225.00
Q43RM3,602.00RM10,504.00RM250.00
Q47RM5,203.00RM11,761.00RM270.00
Q51RM5,844.00RM12,441.00RM290.00
Q53RM6,174.00RM13,248.00RM 320.00

SYARAT LANTIKAN :

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:  

(a) warganegara Malaysia;  

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan  

(c)    

(i) ijazah sarjana muda sains kepujian dalam bidang sains yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji Permulaan pada Gred Q41 : RM2,315.00); atau  

(ii) ijazah sarjana muda dalam bidang pertanian atau perikanan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji Permulaan pada Gred Q41 : RM2,418.66); atau  

(iii) ijazah Sarjana Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji Permulaan pada Gred Q41 : RM2,522.44); atau  

(iv) ijazah Doktor Perubatan Veterinar yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji Permulaan pada Gred Q41 : RM2,730.00); atau  

(v) ijazah sarjana dalam bidang sains atau kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji Permulaan pada Gred Q41 : RM2,833.78); atau  

(vi) ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang sains atau kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji Permulaan pada Gred Q41 : RM3,145.11).  

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan  

SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN  

3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Penyelidik adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Penyelidik Gred Q41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:  

(a) mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); dan  

(b) had umur pelantikan:  

  1.berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau

2.berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau

3.berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.  

SYARAT LANTIKAN TERUS KE JAWATAN PEGAWAI PENYELIDIK GRED Q43, Q47, Q51 ATAU Q53  

Calon adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik yang berkenaan bagi lantikan terus ke jawatan Pegawai Penyelidik Gred Q43, Gred Q47, Gred Q51 atau Gred Q53 yang kosong jika memenuhi syarat-syarat seperti berikut:  

(a) memenuhi syarat lantikan seperti di perenggan 1 dan 2;  

(b) memiliki tempoh pengalaman bekerja yang bersesuaian dalam bidang berkaitan;  

(c) telah terbukti kemampuan dari segi pengalaman dan sumbangan kepada bidang pembangunan dan penyelidikan (R&D); dan  

(d) memenuhi tahap kriteria kecemerlangan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/ Perkhidmatan.  

  (Gaji permulaan lantikan pada Gred Q43 : RM3,602.00/

Gaji permulaan lantikan pada Gred Q47 : RM5,203.00/

Gaji permulaan lantikan pada Gred Q51 : RM5,844.00/

Gaji permulaan lantikan pada Gred Q53 : RM6,174.00)  

DESKRIPSI TUGAS :

·menjalankan kerja-kerja penyelidikan pembangunan (R & D) dalam bidang mikroelektronik dan teknologi maklumat atau dalam bidang berkaitan.

·menjalankan penyelidikan asas dan gunaan, khidmat nasihat kepakaran, menyebar maklumat-maklumat berkenaan teknologi berkaitan dalam negara.

·melaksanakan kajian dan penyelidikan mengenai jaminan kualiti, penyelidikan serta pemindahan sains dan teknologi dan pembangunan serta latihan, kursus-kursus bagi pengguna-pengguna dalam negara.

Sumber: Pegawai Penyelidik Gred Q41

Pin It on Pinterest