• Klasifikasi Perkhidmatan: Pengangkutan
  • Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
  • Kementerian/Jabatan: Jabatan Laut Malaysia
Gaji MinimumRM1,362.00
Gaji MaksimumRM4,034.00
Kadar Kenaikan Gaji TahunanRM100.00

2.            SYARAT LANTIKAN         

                Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:           

                a.            warganegara Malaysia; dan        

                b.            berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan    

                c.             i.  Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

(Gaji permulaan pada Gred A19: RM1,362.00); atau

ii.             Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.

(Gaji permulaan pada Gred A19: RM1,362.00); atau

iii.            Mate On Ships Of Less Than 500 GT On Domestic Trade Voyages atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

(Gaji permulaan pada Gred A19: RM1,420.12); atau

iv.           Engineer Officer Of Less Than 750 kW On Domestic and Near Coastal Voyages atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

(Gaji permulaan pada Gred A19: RM1,420.12); atau

v.            Master On Ships Of Less Than 500 GT On Domestic Trade Voyages atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

(Gaji permulaan pada Gred A19: RM1,478.24); atau

vi.           Officer In Charge Of Navigational Watch Less Than 500 GT Near Coastal Trade Voyages atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

(Gaji permulaan pada Gred A19: RM1,536.36)    

3.            SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU  

                Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM/SVM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.            

4.            DESKRIPSI TUGAS           

                Bertanggungjawab untuk membantu melicinkan perjalanan urusan pendaftaran dan keselamatan kapal, keselamatan pelayaran, hal ehwal pelaut dan pelabuhan, latihan teknikal maritim, projek-projek pembangunan serta membantu dalam membuat kajian dan penilaian terhadap konvensyen-konvensyen antarabangsa dan perundangan laut.          

5.            SENARAI BIDANG BERKAITAN DI PERINGKAT SVM          

                Sila rujuk senarai bidang berkaitan di peringkat SVM yang diperakukan bersesuaian mengikut skim perkhidmatan di Laman Web EZSkim (pautan: https://www.interactive.jpa.gov.my/ezskim/).

6.            MAKLUMAT TAMBAHAN            

                •             Pemohon dengan kelayakan SVM hendaklah mendaftarkan kelayakan tersebut di dalam Sistem SPA9 melalui menu “Maklumat Pemohon” -> “Maklumat Kelayakan Akademik” -> “SVM”.

•             Pemohon dengan kelayakan di perkara 2(c)(iii) hingga 2(c)(vi) hendaklah mendaftarkan kelayakan tersebut di dalam Sistem SPA9 melalui menu “Maklumat Pemohon” -> “Maklumat Kelayakan Akademik” -> “Profesional/Ikhtisas”. 

                Rujukan: Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 201     

Sumber : Pembantu Laut Gred A19

Pin It on Pinterest