• Gred: DV29,DV35, DV37, DV39
  • Kumpulan: Pelaksana
  • Tempat Bertugas: Kementerian Sumber Manusia
    • Institut Latihan Perindustrian (ILP)
    • Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC)
    • Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI)
    • Kementerian Belia dan Sukan
    • Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN)
  • Jadual Gaji:
     
GredGaji MinimumGaji MaksimumKadar Kenaikan
Gaji Tahunan
DV29RM1,549.00RM5,701.00RM145.00
DV35RM3,255.00RM7,438.00RM180.00
DV37RM3,630.00RM7,924.00RM195.00
DV39RM5,015.00RM9,001.00RM225.00

SYARAT LANTIKAN :

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:  

(a) warganegara Malaysia;  

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan  

KELAYAKAN LANTIKAN KE JAWATAN PENOLONG PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL GRED DV29 :  

(c)    

(i) sijil teknologi kejuruteraan dalam bidang berkaitan yang   diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred DV29: RM1,549.00); atau  

(ii) sijil kejuruteraan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred DV29: RM1,549.00); atau  

(iii) Diploma Kemahiran Malaysia dalam bidang kejuruteraan atau teknologi kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred DV29 :RM1,624.20); atau  

(iv) Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia dalam bidang kejuruteraan atau teknologi kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred DV29 :RM1,699.40); atau  

(v) diploma teknologi kejuruteraan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajiantinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred DV29: RM1,784.80); atau  

(vi) diploma dalam bidang kejuruteraan, seni bina, ukur bahan, ukur tanah atau ukur bangunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred DV29: RM1,860.00).  

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

2. Calon yang memiliki kelayakan di perenggan 1(c) hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.  

SYARAT LANTIKAN TERUS KE JAWATAN PENOLONG PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL GRED DV35, DV37, DV39  

3. Calon adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik yang berkenaan bagi lantikan terus ke jawatan Pegawai Latihan Vokasional Gred DV35, DV37 atau DV39 yang kosong jika memenuhi syarat-syarat seperti berikut:  

(a) memenuhi syarat lantikan seperti di perenggan 1(a),1(b),1(c) dan 2; dan  

(b) mempunyai tahap pengalaman/kemahiran dan kemampuan mengajar bidang-bidang ketukangan berkenaan seperti yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik.

(Gaji permulaan ialah pada Gred DV35: RM3,225.00/

Gaji permulaan ialah pada Gred DV37: RM3,630.00/

Gaji permulaan ialah pada Gred DV39: RM5,015.00.  

DESKRIPSI TUGAS :

Penolong Pegawai Latihan Vokasional

  • Mengendalikan dan menyediakan latihan termasuk menyediakan pelan mengajar, kertas penerangan, kertas kerja, kertas tugas dan alat-alat bantuan mengajar serta memastikan pencapaian kemahiran oleh pelatih-pelatih, mengajar dalam amali dan teori.
  • Mengawas pengajar-pengajar dan pelatih semasa di bengkel seperti dari segi kebersihan, keselamatan dalam penggunaan alat-alat dan perkakas serta berdisiplin semasa latihan.
  • Menyelenggara keperluan bahan-bahan ujian.
  • Menyelia dan mengurus semua ujian-ujian dan menyelia laporan-laporan kemajuan dan ujian-ujian pelatih.
  • Menyelia semua hal ehwal latihan yang berkenaan dengan ketukangan termasuk keselamatan bengkel, kebersihan dan kerosakannya.
  • Bertanggungjawab di atas penyediaan inventori dan keluar masuk bagi semua barang-barang di bawah kawalan.
  • Merancang penyusunan mesin-mesin dan alat-alat perkakasan di bahagian-bahagian di bawah jagaannya.
  • Mengesyor pembelian alat-alat baru supaya mutu latihan dikemaskini.
  • Merancang pembahagian tugas-tugas dan jadual minggu mengikut program latihan pelatih di kalangan pengajar di bawah penyeliaannya.
  • Merancang dan membuat permohonan bekalan bahan-bahan di bengkel berdasarkan latihan dan mengemukakan kepada Ketua Bahagian.
  • Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.

Sumber : Penolong Pegawai Latihan Vokasional DV29

Pin It on Pinterest